Wednesday, 11 July 2012

My Days ^__^


dah lama sangat tak update blog. Sepanjang minggu ni dah minggu2 lepas asyik sibuk dengan assignment la, pukat la, test lagi.. haishhhh…. Sabor jela..
  post kali ni sebenarnya lebih kepada nak bagitau apa aktiviti ana sepanjang minggu2 sibuk ni. saja nak kongsi walaupun ana tau taka da orang baca blog ni ^__^
1)                   Belajar jahit pukat!
Seronok sangat bila mula2 start belajar jahit pukat. Semua excited la. Masa kelas pertama kitorang di Netloft, semua org diberi satu jarum pukat yang berharga RM2. Ada warna hijau dan putih. Ana punya warna hijau. Jarum ni bukan macam saiz jarum jahit baju tu.. ni saiz untuk pukat punya!
Jarum tu pihak U bagi pinjam je…. Kalau hilang kena bayar RM2. Susahnya mula2 nak buat pukat. Yela, ana ni dah la jenis lambat pikap sikit. Jenuh mintak bantuan pegawai2 dekat situ + kawan2 yang mmg cepat pikap. Tension jgk buat benda alah ni sbb ana tak reti nak simpulkan ikatan dia supaya ikatan pukat tu tak lari. Tapi skrg ana dah pro (pro bab nak simpul je). Buat pun laju je. Sakit tangan…….. jari ana sampai lembam dan skrg dah jadi jitam sbb buat pukat ni. satu2 pukat tu diberi masa seminggu untuk disiapkan dan kena hantar next kelas(minggu depannya). Kalau siapa yang mmg expert tu mmg boleh siapkan masa kat Netloft lagi. Tapi ana kebiasaanya akan siapkan kat hostel melainkan pegawai Netloft suruh siapkan time tu jgk! Mmg penat……. 




pukat yang ana dah jahit ^__^

semua excited nak start belaja jahit pukat.
peace!! :)


inilah jarumnya!!!!!

khusyuk dengar penerangan Encik Manaf ttg cara2 nak jahit pukat.

           sangat2 seronok bila boleh belajar benda yang tak semua orang belajar. Lepas ni boleh la tangkap ikan guna pukat sendiri   ^__^



2) jadi doktor ikan :)
memang seronok bila lab sem 3 ni kitorang ditugaskan untuk mengesan parasit dalam hidupan air tawar, air laut, dan juga belut. masa first2 amali, kitorang student diploma perikanan ni kena bedah ikan air tawar. ana terpaksa berkongsi ikan dgn kawan ana sbb ikan dah habis :( akibatnya ana kena repeat amali tu sbb Dr. Marina pensyarah subjek Kesihatan Ikan kitorang tak suka kongsi2 ni. masa first buat dgn kawan ana tu, kitorang bedah ikan keli. Ya Allah, susahnya la.. ana rasa pesiang ikan lagi senang. masa ana repeat tu, ana guna ikan puyu. tau2 jela ikan puyu ni, cergas semacam. Dah la banyak duri tajam kat badan dia. Memang susah sangat nak matikan ikan ni. Terlompat2. dah habis buang isi perut dia pun still bergerak lagi dia. majoriti amali kali pertama ni students tak dapat kesan parasit. mungkin sbb ikan ni dalam keadaan yang baik. tempat tinggal dia bersih... amali kali kedua, majoriti diorang dpat jumpa parasit tapi ana tak bernasib baik.. geng2 amali sebelah petang satu dua group aje yang jumpa. mungkin juga parasit dah mati sbb ikan tu dibeli waktu pagi dan mungkin juga ana salah teknik. amali ketiga berkaitan belut, ana mmg excited la nak bedah belut. tapi amali 3 kali ni kitorang nak tgk parasit dalam darah belut. still jgk tak dpat jumpa parasit tapi seronok sangat dapat tgk sel darah belut. Subhanallah, dia bergerak! ana first time tgk. Bentuk darah tu cantik.
yeay! bedah ikan time!!!

sampel darah belut yang di stain kan

pembantu makmal tengah ambik sampel darah belut


sampel darah belut 





nanti kita cerita2 lagi ye. banyak sangat aktiviti yang nak di kongsi. jumpa lagi! ^__^