Saturday, 22 October 2011

Resepi Hidangan Tengah hari!

Asam pedas ikan tuka..
  sebelum saya share  resepi asam pedas ikan tuka,saja nak bagitau..mungkin tak semua orang tau apa tu ikan tuka.Ikan tuka adalah sejenis ikan yang rupa dia sebijik macam pari tapi saiz dia kecil sikit..saiz la yang membezakan ikan tuka dengan ikan pari ni.Mungkin resepi ni tak sesedap asam pedas johor,tapi sapa2 yang nak cuba,anda sangat2 dialukan....
      Bahan-bahan yang diperlukan
  • 2 ekor ikan tuka(ikut la nak letak berapa ekor pun)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar
  • 2 keping asam keping
  • beberapa tangkai daun kesum
  • bunga kantan
  • bendi
  • 10 tangkai cili kering(direbus dan dikisar)
  • serai(1-2 batang,bergantung kepada kuantiti masakan)
  • minyak
  • air
  • garam secukup rasa
 cara-cara:
  1. panaskan minyak dalam periuk(jangan banyak sangat,nanti masakan jadi terlalu berminyak)
  2. tumis bawang putih & bawang besar yang dipotong halus sehingga naik bau
  3. masukkan cili kering yang dikisar..tumis sehingga naik bau.
  4. masukkan ikan tuka
  5. masukkan juga bunga kantan,daun kesum,serai,bendi
  6. masukkan air
  7. masukkan garam secukup rasa..
Biarkan mendidih seketika dan bolehla dihidangkan bersama nasi panas untuk hidangan tengah hari atau malam.simple je.Untuk golongan muda mcm saya yang nak belaja masak boleh cuba.kalau ibu2,saya yakin diorang dah expert.tapi apa salahnya mencuba kan??.Selamat mencuba!

Friday, 21 October 2011

info kesihatan!!!

jangan buat selepas makan..
  • jangan minum ais-dikhuatiri akan mengganggu kelancaran proses penghadaman.
  • jangan mandi-mandi dikatakan boleh melancarkan proses pengaliran darah di kaki,tangan dan bahagian badan lain tetapi bukan di perut.maka,ini akan melemahkan proses penghadaman dalam perut anda.(perut akan jd buncit)
  • jangan tidur-perlakuan iniakan menjejaskan proses penghadaman sekaligus meningkatkan risiko sakit gastrik berlaku.
  • jangan merokok.-kebiasaannya golongan perokok akan merokok selepas makan.tetapi tahukah anda bahawa kajiaan mendapati bahawa menghisap sebatang rokok selepas waktu makan akan memberikan kesan yg sama dgn menghisap 10 btg rokok pd waktu lain.secara xlangsung ia meningkatkan risiko anda  menghadapi penyakit barah.
  • jangan terlalu byk berjalan-terlalu byk berjalan slps makan akan menyebabkan proses penghadaman terganggu dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan nutrisi makanan.