Saturday, 19 November 2011

ABAH

    Sepanjang cuti sem lepas,aku lah yang jadi suri rumah merangkap 'bibik' adik aku kat rumah.Mula2 cuti memang excited sangat2.Cuti la katakan..sapa x syok??hm..berbalik pada tajuk,' Abah'.Abah sorang lelaki yang sangat2 aku respect dalam banyak perkara yang dia buat.Susah nak jumpa lelaki yang boleh kutuk kaum sendiri tapi itulah abah. Abah penah ckp orng lelaki ni sangat2 pemalas(sesetengahnya rajin) dan beruntunglah aku kalau dpt lelaki yang rajin sebagai suami.semestinya semua wanita nak lelaki yang baik,rajin dan semua hal baik2 la tapi,xsemua org perfect kan?
   Semua orang ada tanggungjawab masing2.Mamaku setiap hari Ahad-Jumaat akan ke pejabat seawal jam 8 pagi lagi.Abah pula seorang pesara polis.Jadi pagi2 harinya diisi dengan siram pokok,bersih kawasan rumah,menanam segala mcm sayuran dan macam2 lg kerja rumah.Abah seorang yang sangat sistematik dlm kerja.Mungkin kerjaya sebagai polis belasan tahun lalu mendidik abah jadi orang yang sangat sistematik dan berdisiplin.Aku?sepanjang cuti sem,aku la yang memasak di dapur,kemas rumah, hantar dan ambil adik balik dari sekolah dan mcm2 lgi sampai aku digelar 'bibik' oleh adik aku.haishhh,budak kecik tu..mmg xsayang mulut.
    Berbalik pada abah,dia akan berhenti buat semua kerja di sekitar luar rumah dlm jam 12tgh hari;waktu aku masak untuk makan tengah hari.Abah akan tanya apa yang aku masak dan duduk dekat tempat kegemaran dia di satu sudut ruangan dapur sambil tengok persekitaran belakang rumah melalui tingkap.Sambil aku masak,abah akan sembang dengan aku.Setiap yang abah perkatakan merupakan satu ilmu baru buat aku.Abah seorang yang sangat mencintai buku serta bahan2 bacaan lain.Memang benar la dengan membaca tu kita dpt menambah ilmu pengetahuan.Mmg kebanyakan perkara baru yang aku dengar daripada abah merupakan bacaannya daripada buku selain pengalaman yang abah lalui sepanjang hidupnya.
my house..gambar abah xda..=p
    Mungkin xsemua ibu bapa akan ajar anak2 cara2 menguruskan rumah tangga,tapi abah salah seorang yang ajar anak2nya menguruskan rumah tangga.Pernah satu hari,abah panggil semua anak perempuannya berkumpul untuk tunjuk cara seterika seluar.Lap meja pun kena guna cara yang betul.Mungkin setengah orang pandang remeh benda ni,tapi pada abah,semuanya harus kena pada cara.Ada satu hari masa tengah masak,abah buka topik pasal solat.Solat,besar maknanya buat setiap insan bernama muslim.Solat tiang agama,tanpa solat runtuhla agama.Terima kasih pada abah sebab mengingatkan aku pada satu benda yang sesetengah orang pandang remeh.Solat di awal waktu.Sedarkah kita bahawa solat yang akan dipersoalkan dahulu di akhirat nanti?Pesan abah pada diri aku yang sering kali terlalai,"kita dahulukan hak Allah,kemudian baru kerja kita walau sepenting mana sekalipun."terima kasih atas peringatan itu abah..